Aqidah :Beriman Hari Akhirat


UNIT 1:   BERIMAN KEPADA HARI AKHIRAT

       1.1    Kematian dan alam barzakh

Maksud mati/ajal

§  Perpisahan roh daripada jasad dan merupakan satu kepastian

§  Proses perpindahan dr kehidupan di alam di dunia ke alam barzakh

§  Tempoh berakhirnya hidup manusia di dunia ini  setelah roh keluar daripada jasad seseorang ketetapan  Allah

§  Semua makhluk yg bernyawa akan mati

§   Ajal merupakan ketetapan Allah yg tidak diketahui oleh manusia & tidak dapat diubah ( Surah Al A'raf : 57 )

Maksudnya; Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang mengembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya).


Usaha mengingati mati
Faedah mengingati mati

§  Menyaksikan orang nazak
§  Mengiringi jenazah ke kubur
§  Menziarah kubur


§  Mendorong melakukan kebaikan
§  Mencegah melakukan kemungkaran
§  Istiqamah dlm melakukan ibadat fardu & wajib


Amalan Yg berterusan  Pahalanya walaupun telah meninggal :

1 -Sedekah Jariah   spt : Sumbangan tanah(wakaf) untuk  membina  masjid
2-Ilmu yang diajar, dimanfaatkan oleh orang lain
3- Doa dari anak yang soleh

UNIT 2: HARI QIAMAT SATU KEBENARAN

Bahasa : Kebangkitan
Istilah: Hari kemusnahan /kehancuran seluruh alam  & diganti dengan alam  akhirat yang kekal abadi . Semua manusia  dihidupkan  kembali utk dikira amalan mereka
Bahagian Qiamat :
1) Qiamat Besar: [Kubra]
- Iaitu hari kehancuran & kemusnahan alam mengikut kehendak & ketentuan Allah SWT  
2) Qiamat Kecil :[Sughra]
- Iaitu kematian – apabila seseorang mati, telah datang  kepadanya Qiamat Kecil

Tanda Kecil

v  Urusan agama ditadbir oleh org yg bukan ahlinya
v  Wanita menyerupai lelaki & sebaliknya
v  Amalan riba' berleluasa
v  Maksiat berleluasa
v  Banyak berlaku peperangan, pembunuhan & fitnah
v  Banyak berlaku bencana alam
v  Wanita lebih ramai dari lelaki
v  Ramai wanita mendedahkan aurat
v  Anak derhaka kepada ibunya
v  Manusia berlumba-lumba bina bangunan tinggi.
Tanda Besar
v  Keluar Dajjal yg akan menyesatkan manusia
v  Keluar ad-Dabbah al-Ardi (sejenis binatang dari bumi)
v  Keluar Yakjuj & Makjuj
v  Turun Iman Mahadi
v  Turun Nabi Isa
v  Keluar asap tebal
vMatahari terbit dari arah Barat


Nama-Nama lain bagi Hari Qiamat
 
Nama lain qiamat
maksudnya
Huruf Arab
Yaumus-Sa'ah
Masa yang ditetapkan
يوم الساعه
Yaumul-Hisab
Hari perhitungan
يوم الحساب
Yaumul-Waqiah
Peristiwa yang pasti berlaku
يوم الواقعه
Yaumul-Haqqah
Peristiwa yang sebenar
يوم الحاقه
Yaumul- Qariah
Hari yang menggemparkan
يوم القارعه
Yaumuz-Zalzalah
Hari Goncangan/gegaran
يوم الزلزله
Yaumul- Jaza'
Hari Pembalasan
يوم الجزاء
Yaumul-Rajifah
Hari Gempa
يوم الراجفه
Yaumut-Tammah
Hari Pemabalasan
يوم الدين
Yaumul-Fasl
Hari Keputusan
يوم الفصل
Yaumul-Wa’id
Hari Ancaman
يوم الوعيدد







No comments:

Post a Comment