Laporan Program Sinar

PROGRAM SINAR

PENDAHULUAN

Penjanaan Modal Insan Kelas Pertama memerlukan kepada program-program penghayatan dan amalan kerohanian berterusan. Panitia Pendidikan Islam telah membuat kajian tentang keberkesanan doa dan zikir dalam kehidupan pelajar dan mendapati ianya memberi kesan positif dalam memotivasikan pelajar ke arah pembelajaran berkesan dan membina jatidiri cemerlang.

Program Sinar merupakan program anjuran sekolah yang bertujuan meneguhkan akhlak dan aqidah pelajar Islam melalui penghayatan doa harian dan zikir-zikir. Dengan adanya modul ini,pelajar dapat  mengisi masa terluang mereka dengan membaca serta menghafaz zikir dan doa merangkumi asmaul husna, zikir munajat, doa rajin dan lain-lain sebagai amalan harian mereka .Program ini juga selaras dengan kehendak Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan yang mengarahkan semua sekolah mengadakan aktiviti bacaan Al-Quran dan doa sebelum memulakan Pengajaran dan Pembelajaran.

RASIONAL
1.        Sahsiah belum mencapai 100% memuaskan .

2.       Penghayatan nilai-nilai Islam dalam diri murid tidak menyeluruh.

3.       Sikap murid yang kurang berminat untuk mendalami ilmu pengetahuan.

4.       Pelajar kurang menghayati dan memahami kelebihan doa dan zikir dalam kehidupan.

MATLAMAT

·         Melahirkan pelajar yang mahir membaca doa dan berzikir,memahami dan menghayati isi kandungannya.

·         Melahirkan pelajar yang melazimi zikir sebagai amalan harian sebelum memulakan pembelajaran setiap hari.

       OBJEKTIF

1.     Membangunkan jatidiri pelajar melalui penghayatan doa dan zikir.

2.     Melahirkan pelajar yang berakhlak mulia sebagai pelengkap diri.

3.     Melatih pelajar dengan amalan zikir harian.

4.     Memberi motivasi kepada pelajar untuk cemerlang dalam pelajaran.

5.     Mencetuskan tindakan positif pelajar melalui pesanan ayah dan ibu serta guru.

SASARAN
Semua pelajar Islam Tingkatan Satu  hingga Tingkatan Enam ( 1500 orang)

TEMPOH

Pelaksanaan sepanjang tahun  (Januari – November )


PELAKSANAAN

A.      SESI PAGI :-
       Masa                      :            7.10 – 7.30 pagi

Jadual Pelaksanaan:              Setiap hari persekolahan (sebelum perhimpunan pagi)

Tempat                          :            Dataran  Pahlawan

Peralatan                      :            PA Sistem / Radio Kaset / CD / Surah Yassin / Modul Sinar

B.      SESI  PETANG :-
Masa                              :             12.45 – 1.20 tengahari
Jadual Pelaksanaan:              Setiap hari persekolahan (sebelum perhimpunan pagi)
Tempat                         :             Surau Al-Muttaqin
Peralatan                     :             PA Sistem / Radio Kaset / CD / Surah Yassin / Modul Sinar

Harapan dan cita-cita kami, dengan terlaksananya program ini maka akan terbentuk bi’ah solehah dan memberi kesan positif kepada semua  pelajar-pelajar  Islam  sebagai persiapan rohani bagi melahirkan insan yang cemerlang sahsiah dan akademik . Semoga program ini mendapat keredhaan Allah SWT. Program akan diteruskan pada tahun 2012 .


Disediakan oleh                                                                                               

………………………….                                                                                          

( Anisah bt Shahrin)                                                                                       
Ketua Panitia/GC Pendidikan Islam                                                              
SMK Bandar Sungai Petani                                                                          


JADUAL TUGAS PROGRAM SINAR 2012
MASA: 7.10 – 7.30 PAGI
TEMPAT: DATARAN PERHIMPUNAN,SMKBSP
HARI
GPI  BERTUGAS
AKTIVITI
AHAD
US. MOHD YUSOFF BIN ZAINON
BACAAN MANZIL
ISNIN
PN. NAIMAH BT HASHIM
NASYID ASMAUL HUSNA
SELASA
PN. ANISAH BT SHAHRIN
AL-MA'THURAT
RABU
PN NORMA BT SALEH
ZIKIR MUNAJAT
KHAMIS
US.FAKHRURAZI B GHAZALI
BACAAN YASIN 

* SEMUA GURU BERTUGAS DIMINTA DATANG AWAL UNTUK MENGUMPULKAN PELAJAR DENGAN         
     BANTUAN GURU PERHIMPUNAN  SEBELUM JAM  7.10  PAGI.

No comments:

Post a Comment