Maulidur Rasul

Setiap tahun umat Islam menyambut hari kelahiran Nabi dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah untuk pembangunan jiwa dan iman bagi mengenang jasa Rasul yang tidak tertanding ini. Ada yang menyambut dengan bacaan doa, solat hajat, bacaan ayat al-Quran seperti Yasin dan ada juga yang berarak membawa sepanduk seterusnya berselawat ke atas Baginda dengan tujuan memuliakan Rasul dan perjuangannya. Ini semua cuba diketengahkan bagi memberi mesej kepada seluruh umat Islam bahawa kelahiran Nabi adalah satu kemuliaan agama Islam.
Justeru itu, bagi menyambut seruan kasihkan Nabi membawa ke Syurga, Panitia Pendidikan Islam dan Jawatankuasa Surau Al-Muttaqin SMKBSP dengan kerjasama KEBAGUS ingin mengadakan acara Perarakan Maulidurrasul pada tahun ini dengan hasrat mengemudi komuniti Islam ke arah Cintakan Rasulullah junjungan mulia.

1- MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL
Hari / Tarikh : Ahad / 05 Februari 2012
Masa : 7.30 pagi – 11.00 pagi
Tempat : SMK Bandar Sg.Petani, Sungai Petani,Kedah
a) Gelanggang bola tampar
b) Surau Al-Muttaqin
PERINCIAN
i- Pakaian = Lelaki –Baju Melayu lengkap bersamping dan bersongkok
Perempuan – Baju Kurung lengkap bertudung
ii- Warna Pakaian bebas
iii- Berkasut
iv- Penyertaan -Semua pelajar ,guru dan staff Islam SMKBSP
wajib menyertainya
v- Bacaan doa
vi- Perarakan dan selawat
vii- Solat-solat sunat

*****************************************************************************
 
TENTATIF PROGRAM

07.30 pagi- Semua pelajar dan guru SMKBSP berkumpul    
                   di Gelanggang Bola Tampar
                  - Bacaan Doa
- Perarakan bermula
 - tiba di Surau Al-Muttaqin
 - Solat- Solat Sunat :Wudhuk,Dhuha dan Tasbih
  (oleh:Tn Haji Mohd Yusoff b  Zainon)
-  Kudapan
11.00 pagi - bersurai

 

No comments:

Post a Comment